Hipokrit Adalah Penyumbang Kejatuhan Bolasepak Malaysia

11069926_438485166314788_2978946888795392793_o

Bagi pandangan saya, orang yang hipokrit adalah apabila berlakunya situasi melibatkan pengadil atau berlakunya kelemahan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mereka sanggup tidak mahu menerima kelemahan tersebut kerana sifat mereka yang terlalu cemburukan Johor.

Pada saya, sekiranya perkara yang betul saya ucapkan syabas, sebaliknya saya akan menegur jika timbul kelemahan atau keburukan dalam organisasi FAM atau pengadil mahupun isu-isu lain yang berkaitan.

Tetapi apabila saya tegur, ada pula sesetengah pihak yang sibuk memperkatakan bahawa saya asyik berterusan menyalahkan FAM.

Tapi sebenarnya mereka sendiri tahu FAM perlu berubah, perlukan penambahbaikan terhadap mutu pengadilan sedia ada. Apabila orang lain membuat laporan, mereka terima.

Berbeza bila laporan tersebut datangnya dari Johor kerana mereka lebih suka berpihak kepada yang salah dan menidakkan benda yang betul. Hanya kerana cemburukan Johor.

Itulah hipokrit, dan saya sanggup dihina untuk menegakkan benda yang betul daripada dipuji menegakkan benda yang salah. Prinsip hidup saya adalah untuk hidup di atas kaki sendiri bukan melutut hingga mati.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,
Tunku Mahkota Johor

Johor Southern Tiger

Leave a Reply