Saya Tetap Yakin Dengan Pemain Saya – Bojan Hodak

10996388_438273843002587_8052009481878827353_o

Jenis sifat anda adalah anda bergerak mengikut angin, angin bertiup ke arah kanan anda pergi ke arah kanan, angin bertiup ke arah kiri anda pergi ke arah kiri.

“Saya bukan seperti itu dengan pemain saya. Saya suka pemain saya dan saya percaya pemain saya sama ada ketika menang atau kalah. Saya tidak boleh menjadi seperti angin, oleh itu saya tetap menyokong pemain saya. Kami menang bersama dan kami tewas pun bersama.

“Anda tahu, dunia sememangnya pelik, mungkin kerana kualiti fikiran kita dan bagaimana kita dibentuk, dan kerana memori semakin singkat.

Kami adalah penyandang juara Liga Super. Tahun ini kami bermula begitu baik dengan memenangi Piala Sumbangsih. Sekarang kami sedang sedaya upaya berhempas pulas kerana kami bermain tanpa pemain import kami.

Pertama-tamanya – Kami sedikit letih, anda boleh melihat bahawa kita mendominasi permainan separuh masa kedua tetapi pemain sudah keletihan dan kurang meledak, dan sukar untuk membuat perubahan… Hariss, Safiq dan Fadhli juga sudah kepenatan.

Mengenai penyerang import – di Asia ada perbezaannya, jika anak jati boleh menjaringkan gol tiada siapa yang akan menandatangani penyerang import. Kini anak jati tempatan mampu beraksi dan masih bermain dengan baik, kami menguasai namun tumpul di bahagian penyudah.

Dalam Liga Malaysia, kesemua 10 penjaring gol terbaik adalah pemain import. Di seluruh Asia juga adalah seperti itu. Kebanyakan perlawanan kita mampu mengawal lebih daripada 60% permainan namun tiada penyudah tetapi ia masih lagi awal untuk musim ini. Saya yakin pemain baru yang akan tiba April ini pasti akan membantu kita lebih berjaya.

 

Bojan Hodak

Ketua Jurulatih & Pengurus Pasukan Johor Darul Ta’zim

 

Leave a Reply