RM16 Juta Biasiswa JCorp Bakal Manfaatkan 100 Pelajar Prasiswazah

JOHOR BAHARU, — Skim penajaan pendidikan sulung Johor Corporation yang berjumlah RM6 juta, bakal memanfaatkan seramai 100 pelajar berpotensi besar dan cemerlang di peringkat prasiswazah.

20524_10152935996428173_5517952704714956202_nMenteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata skim berkenaan selaras dengan usaha kerajaan melahirkan modal insan yang berterusan di negeri ini.

“Dalam konteks negeri Johor, kita tidak mahu golongan profesional tempatan yang berbakat dan berpotensi besar berhijrah keluar negeri dan negara,” kata beliau ketika melancarkan program akauntan bertauliah JCorp di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor baru-baru ini.

Skim penajaan berbentuk biasiswa itu menaja pelajar dalam empat bidang utama iaitu ekonomi, kejuruteraan, undang-undang dan perakaunan.

Mohamed Khaled, yang juga Pengerusi JCorp berkata kerajaan negeri dan pihak swasta mempunyai peranan untuk meyakinkan bahawa Johor juga mempunyai tarikan seperti negara luar.

“Justeru, menggilap minda dan kemahiran profesional anak-anak Johor bukan lagi suatu pilihan.

“Sebaliknya, ia adalah satu keperluan mendesak yang tidak boleh sama sekali kita pandang enteng,” katanya

Turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif JCORP Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Sementara itu, seramai 33 peserta pertama program akauntan bertauliah JCorp menerima surat tawaran hari ini.

Leave a Reply