Senarai hitam laman sesawang ‘We The People White House’

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng mencadangkan supaya kerajaan menyenarai hitamkan Laman Sesawang White House.

Liang meminta supaya kerajaan bertindak tegas dan tidak memberi peluang untuk huru-harakan keadaan dalam negara.

liang teck mengDakwanya satu petisyen ‘FreeAnwar’ diwujudkan di laman sesawang ‘ We The People ‘ White House diwujudkan oleh pembangkang.

Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli  bangun menolak dakwaan pembangkang campur tangan dalam soal petisyen terhadap Ketua Pembangkang di laman sesawang itu.

Namun jelas Liang apa yang dimaksudkan adalah satu petisyen diwujudkan untuk dapatkan tandatangan digital dengan sokongan pembangkang.

Tambahnya, tindakan laman sesawang White House itu tidak boleh diterima sama sekali.

“Ia langsung tidak memberi manfaat dan saya minta Kementerian terbabit mengambil serius dan jangan beri sedikit pun ruang untuk kerajaan luar campur tangan,” ujarnya lagi.

Rafizi sekali lagi mencelah namun ditolak oleh Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee.

petisyen anwarKelmarin petisyen ‘FreeAnwar’ dikeluarkan dari laman sesawang ‘We The People’ White House dan digantikan dengan mesej ‘Petisyen yang anda cuba akses dikeluarkan daripada laman web ini di bawah Dasar Kesederhanaan kami kerana ia melanggar Syarat Penyertaan.’

Spontan, mungkin bekas duta Amerika Syarikat, (AS) ke Malaysia, John R. Mallot, individu yang memulakan petisyen ‘FreeAnwar’ menghantar perutusan kepada kroni-kroninya di White House dan dalam tempoh 24 jam, petisyen ‘FreeAnwar’ kembali tersenarai.

Lebih menarik, petisyen ‘FreeAnwar’ pada Rabu sudah mencatatkan 106,472 tandatangan, sekaligus melepasi tahap 100,000 dalam tempoh 30 hari dan membolehkan AS memberikan tindakbalas terhadap petisyen itu.

Apa yang lebih membingungkan, petisyen ‘Menghormati kedaulatan Malaysia’ pula yang kini terjejas.

Tanpa penjelasan, jumlah penandatangan yang sudah cecah 72,000 dikurangkan dan kini menjadi sekadar 12,070, sedangkan terma untuk membuka petisyen di laman sesawang White House tidak menyatakan terma sedemikian wujud.

Lalu, ada beberapa persoalan yang perlu difikirkan warga Malaysia berhubung isu ini.

Pertamanya, kita boleh merumuskan bahawa AS sememangnya dalang besar yang wujud di dunia ini semata-mata untuk cuba memporakperandakan mana-mana negara di dunia selagi tidak mahu mengikut telunjuk demokrasi cara mereka.

Buktinya, nilai sendiri segala tindak tanduk AS yang jelas melanggar segala macam peraturan yang ditekankan terhadap negara lain.

Walau apa sekalipun, ketahuilah bahawa rakyat yang cintakan Malaysia tidak sesekali akan rela membenarkan campurtangan asing, waima dengan jemputan pengkhianat negara sekalipun.

Leave a Reply