Kita Harus Berhati-Hati Dengan Propaganda Militan IS

SEGAMAT, 12 Mac – Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada majlis pembukaan sesi Parlimen baru-baru ini sarat dengan pesanan penting untuk semua anggota Parlimen dan rakyat, ujar Ahli Dewangan Undangan Buloh Kasap, Puan Hajah Norshida Ibrahim.

Tambahnya, antara titah Tuanku Abdul Halim, Baginda menyeru rakyat agar berwaspada dengan penularan fahaman ekstrem seperti kegiatan militan IS dan menasihatkan menasihatkan segelintir pihak yang gemar mengadu-domba dan menyebar fitnah yang boleh menggugat perpaduan negara, termasuk dalam media sosial, agar menghentikan perbuatan tidak bertanggunggjawab itu

yb shidah“Saya melihat isu propaganda militan IS ini merupakan isu yang sangat serius dan sememangnya rakyat perlu sangat berhati-hati dengan kaedah mereka yang mempengaruhi rakyat untuk bersama-sama mereka atas nama jihad.”

“Saya melihat perlu ada usaha penjelasan mengenai konsep jihad yang sebenar kepada rakyat melalui pelbagai bentuk dan kaedah agar rakyat Malaysia tidak mudah terpedaya dengan golonan militan ini.”

Beliau juga menegaskan, “Jihad yang diperintahkan dalam Islam bukanlah tentang membunuh atau dibunuh tetapi tentang bagaimana berjuang untuk memperoleh redha Ilahi. Jihad sebenar dalam Islam juga tidak langsung membawa erti kita perlu sentiasa bergaduh atau berperang kerana Islam sangat menggalakkan kedamaian dan keharmonian.”

“Kita tidak mahu semakin ramai rakyat yang akan terpengaruh dengan propaganda golongan militan ini kerana ia akan merosakkan kemaslahatan umat Islam dan sebenarnya propaganda militant yang kononnya berjihad atas nama Islam merosakkan nama Islam itu sendiri.”

Leave a Reply