Himpunan #KitaLawan: Skrip Lama Yang Diulang Kembali

JOHOR BAHRU, 10 Mac – Perhimpunan haram #KitaLawan yang dianjurkan oleh keluarga Anwar Ibrahim dan parti PKR pada 7 Mac 2015 lalu di di perkaranagn Sogo dan kemudiannya berlarutan di beberapa tempat lain sekitarnya, satu perbuatan sia-sia yang memperbodohkan penyokong setia mereka selain menyusahkan ornag ramai.

NuriyatiKetua Penerangan Puteri UMNO Johor, Nuriyati Md Ithnin berkata, tiada yang istimewa himpunan kali ini walaupun khabarnya himpunan haram itu adalah bertujuan untuk menuntut keadilan dan membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara.

“Semuanya skrip lama yang diulang iaitu menuduh kerajaan zalim dan mahu Perdana Menteri letak jawatan. Malah kali ini mereka lebih berani dengan menuntut Tun Mahathir agar bergabung dengan Pakatan Rakyat.

“Keadilan yang bagaimanakah yang dimahukan? Hanya diterima sebagai ADIL sekiranya keputusan berpihak kepada mereka? Saiful menuntut keadilan di atas apa yang berlaku melalui sistem perundangan dan penghakiman telah membuat keputusan berdasarkan kepada segala bukti yang dikemukakan. Kebetulan pula, ia melibatkan seorang pemimpin pakatan rakyat dan bekas pekerjanya, tiada kaitan samada YAB PM waima isterinya.”

Tambahnya, pemimpin dan penyokong pembangkang telah pun memohon petunjuk dari Allah SWT dengan mengadakan bacaan Surah Yassin dan Solat Hajat beramai-ramai.

“Jadi, terimalah ketentuan dari Nya, qada’ dan qadar.”

“Malahan, ahli keluarga Anwar Ibrahim juga telah memohon petisyen pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong. Nantikan sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh Yang Dipertuan Agong.

Terimalah keputusan tersebut kelak dengan berlapang dada sebagaimana UMNO dan BN menerima setiap keputusan penghakiman, keputusan pilihanraya umum dan pilihanraya kecil yang tidak memihak kepada kami. Jadi, Hentikanlah politik cacian, politik hasutan, politik kebencian” ujarnya yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam, Johor.

Leave a Reply