Sambutan Tahun Baru Cina DUN Sg Balang Bukti Masyarkat Cina Tidak Menolak BN

Oleh: Salina Othman
(Email: tunteja4you@gmail.com)

IMG_20150306_124643MUAR, 7 Mac – Kemeriahan Sambutan Tahun Baru anjuran Pejabat ADUN Sg Balang di Kopitiam Au Kang di Pekan Baru Sg Balang yang merupakan kopitiam yang popular dikalangan masyarakat Tionghua baru-baru ini menyangkal dakwaan masyarakat Cina tidak lagi memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

ADUN Sg Balang, YB Puan Zaiton Ismail berkata, majlis yang dibuat pada 4 Mac sangat meriah dengan kehadiran hampir 1,000 orang.

“Saya amat gembira apabila majlis yang dirancang bersama-sama dengan Persatuan Tionghua DUN Sg Balang ini meriah dan mendapat sambutan diluar dugaan.

Masyarakat dari pelbagai bangsa dan kaum turut hadir. Malah kehadiran mereka membuktikan sokongan mereka kepada parti Barisan Nasional dan saya juga berharap meraka akan mentejemahkannya ketika mengundi pada PRU 14 nant,” ujarnya.

Susulan dari program tersebut terdapat beberapa keluarga Cina telah menemui beliau untuk memohon pelbagai bantuan dan beliau juga telah bersetuju untuk memberi bantuan yang bersesuaian dengan keperluan keluarga tersebut.

“Saya akan mengadakan lawatan rumah ke rumah pengundi Cina DUN Sg Balang bagi membantu keluarga yang memerlukan. Selain itu saya akan menyusun beberapa program bersama belia dan remaja cina yang juga sudah mula menunjukkan minat dan sokongam kepada Barisan Nasional.

Tidak dinafikan sokongan mereka masih diperlukan dan sebagai wakil rakyat yang telah dipilih oleh pengundi, saya wajar berkhidmat dan membantu mereka.” tambahnya.

Leave a Reply