Bantuan Dan Pinjaman YPJ Untuk Anak Johor

Bantuan Dan Pinjaman YPJ Untuk Anak Johor

Oleh: Salina Othman
(Email: tunteja4you@gmail.com)

JOHOR BAHRU, 5 Mac : Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor hari ini menyarankan kepada anak Johor yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM 2014 baru-baru ini  agar tidak melepaskan peluang memohon Skim Bantuan Pendaftaran ke Institusi Pengajian Tinggi yang disediakan oleh Yayasan Pelajaran Johor (http://www.ypj.gov.my/)

image1Pengerusi Biro Pendidikannya, Datin Azura Mohd Afandi berkata, skim tersebut merupakan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi membantu mengurangkan bebanan ibubapa dalam menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTA..

“Anak Johor terutamanya yang baru sahaja menduduki peperiksaan SPM & STPM 2014 yang lalu disarankan utk mengambil peluang bagi mendapatkan bantuan pendidikan dan  pinjaman dari Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

YPJ yang ditubuhkan dengan matlamat membantu anak Johor khususnya untuk menyambung pelajaran dan mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi samada di institusi pendidikan seliaan YPJ mahupun Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh Negara agar menjadi individu yang lebih berjaya dan berdaya saing,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru.

Ujarnya, Kerajaan Johor melalui YPJ menitikberatkan ilmu di kalangan warganya justeru menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan yang boleh membantu anak Johor menjadi masyarakat berilmu dan berkemahiran serta bersedia menghadapi cabaran era baru permodenan di Johor.

“Selain itu, YPJ turut menyediakan Skim Bantuan Pendaftaran ke IPTA dan juga Rebat 25% pada peminjam YPJ yang membuat bayaran penuh pinjaman berkuatkuasa serta merta.

Penekanan Kerajaan Negeri terhadap pendidikan juga dapat dilihat menerusi bajet 2015 yang diperuntukkan kepada bidang pendidikan dalam 9 perkara yang melibatkan peruntukan melebihi RM500j.”

Anak Johor kini tiada alasan untuk tidak menjadi masyarakat yang berilmu,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

 

 

Leave a Reply