‘Barua’ Dalam Pas – Gambaran Sebenar Perjuangan PAS

LEDANG, 4 Mac – Pendedahan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, bahawa wujud kelompok ‘barua’ dalam Pas yang lebih taat kepada pimpinan Pakatan Pembangkang sesuatu yang tidak mengejutkan

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Sahrihan Jani berkata, kenyataan Nik Abduh menyerlahkan rupa sebenar parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini tidak lebih kepada sebuah parti yang memperalatkan Islam untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

imageKemunculan golongan ‘barua’ yang berkiblatkn sokongan dan ketaatan kepada pemimpin lain dalam pakatan pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim jelas menunjukkan golongan Ulama’ tidak lagi dihormati dalam PAS

“Mereka dulu menuduh UMNO sebagai menghina Ulama’ tetapi kini mereka sendiri yang sebenarnya menghina dan memperlekehkan ulama’ dikalangan mereka sendiri semata-mata nak menunjukkan ketaatan kepada pemimpin dari PKR dn DAP

PAS hari ini seolah-olah merelakan parti mereka diinjak-injak malah diletakkan dalam kedudukan paling hina dalam sejarah penubuhan parti tersebut,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Johor.

Kemelut ini gambaran jelas kepada masyarakat pengundi hakikat sebenar perjuangan parti PAS yang sebenar.

“Akhirnya mayarakat harus menyedari bahawa walau di mana sahaja Anuwar Ibrahim berada, beliau adalah penaja kepada segala kerosakan dan agen memecah belahkan sesebuah organisasi demi kerakusan cita-cita beliau.

Saya berpendapat sudah sampai masanya Majlis Syura Ulama’ dan Dewan Ulama’ PAS mengambil langkah berani untuk menyelamatkan parti tersebut dari terus dirosakkn oleh barua yg sangat oportunis atau adakah juga Ulama-ulama dalam PAS kini sudah ditutup mata dan telinga mereka, merelakan PAS terus dipergunakan.

Tidak mustahil juga golongan Ulama ini akhirnya akan tunduk dan akur selain mengeluarkan fatwa-fatwa yang membenarkn perlakuan ‘barua-barua’ dalam parti PAS ini sebagaimana fatwa mereka yang terdahulu,” ujarnya lagi.

Leave a Reply