Mengapa Selepas Anwar ‘Terpenjara” Baru Timbul Persoalan Tawar Anwar Jadi TPM

PENGGERANG, 2 Mac – Kenapa baru sekarang nak mendakwa yang Anwar Ibrahim ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, kenapa tak cakap sahaja perkara ini sebelum Anwar disumbat dalam penjara atas kesalahan yang dibuat olehnya, ujar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Penggerang, Amin Hamidon.

10440282_1571578703089471_7045976853133553786_nJadi tidak hairanlah kalau selepas ini, lagi banyak dakwaan mengarut yang akan timbul dan isu yang akan diambil oleh pimpinan PKR dalam mengaburi mata selain meraih simpati rakyat.

“Hakikatnya dakwaan dan tindakan mengarut ini termasuk cuba heret kuasa luar dalam kes Anwar Ibrahim ini sudah dirancang lebih awal pasca pemenjaraan Anwar ini.

Cukup-cukuplah menipu rakyat, kita dah muak dengan sandiwara yang dimainkan oleh puak pembangkang ini. Jangan lupa dengan dakwaan Anwar disuntik arsenic dan HIV pada tahun 1998, begitu juga dakwaan ‘Tragedi 16 September 2008’ sehingga sanggup melibatkan nama Yang Di Pertuan Agong dalam peristiwa tersebut,” ujarnya mengulas dakwaan Nurul Izzah Anwar kononnya Anwar pernah ditawarkan jawatan TPM selepas PRU13 yang lalu.

Dalam masa yang sama, tidak ada asas dakwaan tersebut, kerana di dalam UMNO sendiri mempunyai ramai pemimpin termasuk pemimpin pelapis yang boleh menerajui kerajaan termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Anwar juga pernah menafikan ada mendengar cadangan Datuk Najib berhubung kerajaan perpaduan selepas PRU13 yang lalu, jadi mengapa soal tawaran jawatan TPM tersebut timbul sekarang, melainkan agenda tersirat mengaburi mata rakyat.

“Hakikatnya, Nurul Izzah sengaja mahu mereka-reka cerita baharu kerana Anwar gagal dalam rayuan kes liwatnya di mahkamah,” tambahnya.

Nurul Izzah, dalam ceramahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini mendakwa Najib menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada Anwar selepas pembangkang meraih 52 peratus undi popular dalam PRU13, namun Anwar menolak tawaran itu.

Leave a Reply