Permohonan Pengampunan Anwar Wajib Ditolak – Zulkifli Noordin

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini membidas  permohonan pengampunan ke atas banduan bernama Anwar Ibrahim oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail dan mencadangkan agar permohonan pengampunan ini wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan atau pengetahaun banduan itu sendiri.

zul-noordinUjarnya, ini kerana Anwar Ibrahim konsisten dengan pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan selama ini.

“Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan banduan ? Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan banduan, ini adalah satu penghinaan terhadap pendirian banduan tersebut!

Asas kepada sebarang permohonan pengampunan ialah pengakuan salah kepada kesalahan yang disabit, penyesalan atas perlakuan kesalahan itu dan akujanji tidak akan mengulanginya lagi. Elemen-elemen ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Wan Azizah cuba memperkeldaikan institusi pengampunan Di Raja dengan menjadikan alasan “kehakiman tidak telus” sebagai alasan pengampunan. Ini satu penghinaan ke atas institusi pengampunan dan wajib ditolak dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Permohonan ini juga suatu penghinaan kepada institusi kehakiman yang dilantik dan bernaung di bawah Yang Di Pertuan Agong kerana menjadikan alasan “kehakiman tidak telus” sebagai alasan permohonan pengampunan;

“Kebiasaanya hanya mereka yang dijatuhkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan memohon pengampunan bagi tujuan pengurangan hukuman. Bagi seorang yang disabitkan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun adalah sesuatu yang agak “luar biasa” untuk memohon pengampunan atas hukuman.

Apatah lagi bagi banduan ini yang selalu meneriak slogan “Lawan Tetap Lawan”. Adakah keluarga membuat permohonan pengampunan kerana banduan dikatakan tidak mampu melawan nyamuk di dalam penjara seperti yang diadukan oleh isterinya Wan Azizah?,” ujarnya yang juga merupakan bekas Peguam kepada Anwar Ibrahim.

Leave a Reply