Permohonan Pengampunan Anwar Ibrahim Cemarkan Sistem Keadilan Di Malaysia.

JOHOR BAHRU, 25 Feb- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi hari ini mempertikai permohonan pengampunan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana permohonan ini baginya telah mencemarkan sistem keadilan di Malaysia

69 (Sejak Anwar Ibrahim jadi pemimpin pembangkang, tindakannya & PKR banyak mencemarkan institusi Raja“Bagaimana seorang Peliwat boleh memohon pengampunan? Ia akan menjadi “Bad Precedent” terutama kalau diampunkan. Bayangkan selepas ini ramailah peliwat dan perogol akan memohon pengampunan daripada Tuanku Yang Dipertuan Agong.

Anwar ternyata seorang yang bacul kerana biasanya mereka yang menerima hukuman gantung atau penjara seumur hidup sahaja yang memohon pengampunan. Setakat 5 tahun pun nak minta pengampunan ternyata Anwar hanya gempar sahaja bila selalu melaungkan slogan “lawan tetap lawan”,” ujarnya dalam satu kenyataan melalui whatsapp.

Tambahnya, sejak menjadi pemimpin pembangkang, tindakan Anwar Ibrahim dan partinya banyak mencemarkan institusi Raja.

“Tetapi sekarang melutut meminta pengampunan Raja. Enough is enough, Anwar mesti berhenti berlakon dan berbohong,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Johor.

Leave a Reply