Pemuda UMNO JB Anjur BizChamp Anak Muda 2015

JOHOR BAHRU- Dalam usaha melahirkan golongan usahawan gene­rasi muda, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru akan menganjurkan BizCamp Anak Muda (BAM) di D’Impian Resort, Muar pada 13 hingga 15 Mac ini.

IMG_3517-e1424055824552

Ketuanya, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, program yang dianjurkan Kelab Sukan, Rekreasi dan Komuniti (SRCC) itu juga bertujuan berkongsi ilmu perniagaan dengan golongan muda.

 

Menurutnya, program itu juga bagi menyahut saranan kerajaan Pusat dan negeri untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berjaya, sekali gus mampu menjana ekonomi.

 

“Program BAM itu lebih menjurus kepada perkongsian ilmu perniagaan seperti bagaimana mengenali potensi bisnes, strategi pemasaran, perancangan perniagaan dan teknik pengucapan serta komunikasi bisnes.

 

“Selain itu, kita turut menekankan modul tentang celik kewangan dan kajian pasaran kepada para peserta,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

 

Syaiful Rizal berkata, pihaknya turut mengundang pakar motivasi perniagaan yang juga Pengarah D’Impian Group, Dr. Baharuddin Mohamed untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan beliau dalam bidang perniagaan.

 

Justeru, beliau menyeru golongan muda untuk merebut peluang tersebut bagi mendalami ilmu perniagaan, sekali gus dapat digunakan dalam usaha mengembangkan perniagaan masing-masing.

 

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Erwan Najhan di talian 012-7070687, Ifnu Hakim (016-2339007) dan Yazid Khalid (019-7286069) untuk keterangan lanjut.

Leave a Reply