Keahlian Online UMNO Terus Dapat Sambutan, Jumlah Ahli UMNO 3.4 juta

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Sistem pendaftaran ahli UMNO secara online terus mendapat sambutan dari orang ramai dan permohonannya bertambah kepada 1,126 orang yang bermula dari 27 Januari hingga 17 Februari lalu, kata Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Daripada jumlah terbabit permohonan yang lengkap adalah sebanyak 774 dengan 678 daripadanya boleh diteruskan untuk proses keahlian,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn malam ini.

 

Sistem pendaftaran ahli UMNO ini telah dilancarkan pada 18 Disember lalu sebagai satu langkah peremajaan parti dalam usaha menjadikan UMNO lebih inklusif dan memudahkan orang ramai terutamanya generasi muda di negara ini untuk parti.

Januari lalu, sejumlah 4,995 permohonan diterima dengan 2,993 permohonan telah pun lengkap diproses.

10505417_1084985894860491_1785549593607200292_n“Bagi permohonan yang lengkap, pemohon akan diserap ke cawangan mengikut alamat pemohon,” jelasnya.

Dalam masa yang sama beliau turut memaklumkan jumlah keahlian UMNO terkini ialah 3,472,035 orang dengan jumlah cawangan yang layak bersidang sempena mesyuarat perwakilan UMNO cawangan yang bermula 13 Mac hingga 2 Mei ialah 20,776.

“Bagi pergerakan sayap Wanita yang layak melakukan persidangan ialah 19,871, Pergerakan Pemuda ialah 15,111 sementara bagi Pergerakan Puteri pula ialah 10,048 orang,” katanya lagi.

Sumber: UMNO-Online

Leave a Reply