Johor henti eksport ?ikan ke Singapura

PAGOH 15 Feb. – Kerajaan negeri menghentikan eksport lima jenis ikan, udang besar dan ayam ke Singapura sejak 1 Januari lalu hingga 28 Februari ini bagi memastikan bekalan bahan makanan itu mencukupi sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Pengerusi Jawatankuasa dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, ikan dilarang dieksport ialah kembung, cencaru, selayang, bawal putih dan tenggiri.

“Kita juga mengurang serta mengawal import ikan air tawar seperti keli dan talapia. Ini bagi memastikan bekalan dalam negara, terutamanya di Johor mencukupi sama ada sebelum atau selepas perayaan tersebut.

“Sebagai persediaan khusus untuk perayaan ini, kita mempunyai 300 peratus bekalan ayam sejuk beku selain 302 tan metrik daging bagi memastikan semuanya mencukupi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Pengimarahan Masjid dan Surau Parlimen Pagoh di Bangunan Seri Pekembar di sini semalam.

Johor Henti Eksport IkanProgram berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama ne­geri, Abd. Mutalip Abd. Rahim dan sebanyak 44 masjid dan 88 surau dalam kawasan Parlimen Pa­goh menerima sumbangan bagi menjalankan aktiviti masing-masing.

Yang turut hadir Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Noriah Mahat yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh, Zaid Abd. Rahman dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Pagoh, Rohaizah Ahmad.

Ismail yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian berkenaan berkata, bekalan sayur juga mencukupi walaupun beberapa kebun dan ladang di negeri ini dilanda banjir baru-baru ini, manakala cili merah akan diimport dari India atau Thailand jika berkurangan.

Mengenai perbuatan segelintir nelayan yang menjual ikan kepada pihak lain di tengah laut, sekali gus menjejaskan bekalan pada musim perayaan, beliau berkata, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) perlu bekerjasama memantau perkara itu.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan sudah memberikan subsidi dan insentif untuk nelayan. Contohnya, insentif kalau mereka menjual hasil dengan kita akan diberi 10 sen sekilogram,” katanya.

Leave a Reply