Jangan keluar kenyataan kalau tidak tahu – Ahmad Maslan

Jangan keluar kenyataan kalau tidak tahu – Ahmad Maslan

PONTIAN 15 Feb. – Pemimpin pembangkang yang bukan beragama Islam diingatkan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyata­an mengenai agama Islam sekiranya tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu kerana ia boleh menyentuh sensitiviti penganutnya.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan yang mengkritik amalan agama Islam tidak wajar dikeluarkan kerana telah mencampuri urusan agama itu, sedangkan umat Islam tidak pernah menyentuh tentang agama yang dianuti oleh kaum-kaim lain.

Datuk-Ahmad-MaslanBeliau berkata, belum pun reda isu seorang peguam, Eric Paulsen yang melabelkan khutbah Jumaat sebagai menyebarkan fahaman ekstremis dan kini seorang pemimpin DAP Pulau Pinang, Chong Eng pula mengkritik khutbah Jumaat yang bertajuk Aurat Antara Kebebasan dan Maruah Diri yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Sewajarnya perkara itu tidak perlu diperdebatkan oleh mana-mana pihak kerana khutbah Jumaat bertujuan memberikan peringatan dan nasihat kepada umat Islam dan tidak menyentuh agama lain,” katanya selepas menghadiri majlis Minum Petang bersama Pemimpin di Sanglang, dekat sini petang semalam.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan turut mengi­ngatkan pucuk pimpinan parti pembangkang supaya tidak memandang remeh dan mudah berkaitan ke­nyataan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli mereka.

“Sekiranya tidak mengetahui tentang sesuatu perkara, mereka perlu merujuk kepada pihak tertentu dan bukan mengeluarkan kenya­taan yang mempunyai tujuan serta agenda tertentu di sebaliknya,” te­gasnya yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Menurutnya, sebelum ini telah berlaku dalam ceramah umum dan kempen pilihan raya, pemimpin bukan Islam membaca potongan ayat al-Quran bertujuan untuk menarik sokongan umat Islam dan tindakan segera perlu diambil pihak berkuasa bagi membendung perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut, termasuk mengenakan hukuman berat terhadap mereka.

 

 

Leave a Reply