Henti pertikai, burukkan institusi kehakiman

Henti pertikai, burukkan institusi kehakiman

MUAR 14 Feb. – Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak yang terus memfitnah, mempertikai dan memburuk-burukkan keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, terutamanya dalam media sosial kerana perbuatan itu memberi kesan kepada negara di peringkat antarabangsa.

razaliTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, jika perkara itu terus dibiar, kesannya bukan sahaja menjejaskan hubungan dua hala, malah terhadap ekonomi dan imej institusi kehakiman di negara ini.

“Ada pihak sengaja memuat status dalam media sosial supaya dibaca masyarakat antarabangsa de­ngan niat untuk menimbulkan salah faham. Ada yang mempersoalkan integriti pihak mahkamah dan mendakwa sistem kehakiman kita dipengaruhi pihak luar.

“Negara ini digambarkan mem­punyai pe­mimpin diktator dan di­tuduh mengamalkan undang-undang rimba,” katanya ketika ditemui di rumah Pengerusi Masjid Parit Limbong, Ahmad Saad di Parit Kassim, di sini hari ini.

Leave a Reply