Kes Liwat Terus Serlahkan Sikap “Double Standard” Pembangkang

Kes Liwat Terus Serlahkan Sikap “Double Standard” Pembangkang

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Tindakan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanifa Maidin mengajak peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berdebat berhubung kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan sikap mereka yang double standard.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata hakikatnya sebelum ini Anwar membuat siri jelajah ke seluruh negara untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kes yang sedang beliau hadapi walaupun kes masih disebut di mahkamah.

Beliau berkata, tiada siapa yang menghalang atau mengajak Anwar berdebat mengenai tindakannya itu tetapi apabila Muhamnmad Shafee berbuat demikian, pembangkang kelihatan mula ‘panas punggung’.

“Muhammad Shafee tidak melanggar mana-mana etika guaman apabila memberikan kenyataan terbuka selepas kes itu selesai. Mungkin pembangkang bimbang tembelang Anwar akan lebih terbongkar apabila Muuhammad Shafee berbuat demikian,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Hanipa yang juga peguam Pas yang bersedia berdebat dengan Muhammad Shafee atau Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahu menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan berhubung kes itu.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau bersedia menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Shafee Abdullah dengan pihak yang mempertikai keputusan kes liwat Anwar.

Minggu lalu, Shafee yang merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan Liwat II mendedahkan pelbagai butiran sensasi berhubung kes itu dalam program anjuran Pemuda UMNO di Kelana Jaya.

Malah, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam ucapannya di program tersebut berkata BN tidak akan berdiam diri lagi dalam kes liwat itu.

Jamawi berkata, sama ada Muhammad Shafee atau Khairy, kedua-duanya tidak gentar untuk berdebat dengan Hanafiah atau sesiapa sahaja daripada pembangkang.

“Cuma apakah mereka bersedia untuk mendengar lebih banyak pembongkaran mengenai Anwar yang tidak pernah didedahkan di media massa sebelum ini,” ujarnya.

Leave a Reply