Pemimpin Kanan Pas Garang Pertahan Dap, PKR Tapi Lembik Untuk Pertahankan Hadi

KLUANG, 26 Jan – Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday berkata, Presiden parti Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya seolah-olah seperti keseorangan berjuang mempertahankan parti tersebut.

Jelasnya, walaupun ada beberapa pemimpin yang mempertahankan Hadi namun ianya bukan datang dari pemimpin kanan parti itu yang sebelum ini cukup dikenali cukup garang mempertahankan pakatan pembangkang yang membabitkan apa jua isu.

PEMIMPIN KANAN PASMalangnya tambah beliau lagi dalam beberapa isu kebelakangan ini terutama isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), Presiden Pas itu tidak mendapat sokongan yang padu dari pemimpin kanan parti itu.

“Kalau ada yang pertahankan Hadi pun hanyalah sekadar sambil lalu malah lebih teruk lagi kalau sebelum ini pemimpin-pemimpin kanan Pas itu begitu garang mempertahankan apa jua isu yang membabitkan Dap dan PKR tetapi dalam isu pilihan raya PBT ini menikuskan diri dan lembik.

“Nampaknya pemimpin ini lebih pentingkan perut sendiri daripada pemimpin utama mereka sendiri,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini.

Tambah Jais, Hadi Awang sedar dan dapat merasakan, sekiranya pilihan raya PBT ini tetap dilaksanakan oleh rakan sekutu mereka Dap maka konsep keadilan tidak akan tercapai kerana ia bakal dikuasai satu-satu kaum sahaja.

“Ini berbeza dengan sistem sediada yang berdasarkan perlantikan. Ianya memberi jawatan kepada semua bangsa yang berkelayakan dan bukan hanya kepada satu kaum.

“Bagi saya Dap bijak mengatur langkah untuk mengekalkan kuasanya. Sebab itu parti itu bercadang untuk mengadakan pilihan raya PBT,” katanya. – 

Sumber: UMNO-Online